Salam,ustaz.
Maaf mengganggu.Ustaz, nak minta tolong ustaz jelaskan berkenaan 'silarturahmi' .
"Ada hadith mengatakan bahawa...."pada malam nisfu sya'ban semua doa akan diterima kecuali doa orang yang memutuskan silarturahmi. ....'
Adakah dikira memutuskan silarturahmi sekiranya hubungan dengan seseorang kawan yang dulunya rapat tetapi sejak akhir-akhir ini renggang disebabkan perselisihan faham dalam perhubungan. Tetapi, perhubungan masih seperti biasa...means masih berhubung cuma tak rapat seperti dulu sebab ada rasa kecil hati dengan sikap kawan yang tidak mahu berterus terang dengan apa yang dia tak puas hati / marah.
Hope, ustaz dapat memberi penjelasan tentang 'memutuskan silarturahmi' .
Syukran, baarokallahu fiik.
Aisya Humaira
Gombak,Kuala Lumpur | |
wa'alaikumussalam,
Nabi sebut : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur spa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawab salamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari ) |
Israk & Mi’raj adalah dua mukjizat yang berlaku kepada Nabi s.a.w dengan yakin dan tidak syak lagi.
Israk dan Mi’raj adalah satu peristiwa khusus yang benar-benar berlaku pada diri Rasulullah S.A.W sahaja. Kebenarannya telah disaksikan oleh al-Quran,al-Hadis dan kenyataan sejarah.
Firman Allah Taala:
بسم الله الرØمن الرØيم
{سُبْØَانَ الَّØ°ِÙŠ Ø£َسْرَÙ‰ بِعَبْدِÙ‡ِ Ù„َÙŠْÙ„ًا Ù…ِÙ†َ الْÙ…َسْجِدِ الْØَرَامِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ الْÙ…َسْجِدِ الْØ£َÙ‚ْصَÙ‰ الَّØ°ِÙŠ بَارَÙƒْÙ†َا ØَÙˆْÙ„َÙ‡ُ Ù„ِÙ†ُرِÙŠَÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ Ø¢َÙŠَاتِÙ†َا Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ السَّÙ…ِيعُ الْبَصِيرُ}
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Israk: 1]
Apa yang dibincangkan di sini ialah bilakah tarikh berlakunya peristiwa besar ini.